Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak


BANTUAN KEMASUKKAN IPTA/IPTS BAGI TAHUN 2017

Assalamualaikum. w.b.t. Portal ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah.
Peringkat Pengajian
SIJIL / MATRIKULASI
Jumlah Bantuan : RM 400.00
Peringkat Pengajian
DIPLOMA
Jumlah Bantuan : RM 500.00
Peringkat Pengajian
IJAZAH
Jumlah Bantuan : RM 600.00

SYARAT UMUM PERMOHONAN.

Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.

Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS

Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.

Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.

Mana-mana IPTA-IPTS yang ada memberi elaun secara bulanan adalah tidak layak memohon.

SEMAK KELAYAKAN ANDA DISINI

HAKCIPTA TERPELIHARA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK. 2017