MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK


* PORTAL INI HANYALAH UNTUK PELAJAR LUAR NEGERA YANG PERNAH MENERIMA BANTUAN SEBELUM INI*
SILA SEMAK KELAYAKAN ANDA DISINI SEBELUM MENDAFTAR *

  Masukkan No. K/P

ADAKAH ANDA PERTAMA KALI MEMOHON?

1. SILA BACA SYARAT DINYATAKAN DIBAWAH

2. Layari laman sesawang http://bit.ly/2jZQiQC untuk muat turun borang permohonan secara manual.

3) Sila sertakan dokumen

         Surat pengesahan pengajian terkini (Surat tasdiq/ Isbat tholib).
         Slip keputusan peperiksaan terkini.
         Surat pengesahan pendapatan atau slip gaji/pencen ibu / bapa, penjaga.
         Muka hadapan akaun bank.
         Salinan surat pengesahan tinggal (Mastautin) di Negeri Perak.

4) Setelah di lengkapkan sila scan dan email kepada Pn. Sharifah di alamat email. sharifahnurulain@maiamp.gov.my

PERMOHONAN DITOLAK ? KENAPA ?

1)  Pemohon TIDAK menetap atau bermastautin di Negeri Perak

2)  Pemohon telah menerima tajaan / pinjaman pembiayaan daripada agensi-agensi lain.

3)  Pemohon telah menerima bantuan pada tahun semasa.

4)  Pemohon telah menerima jumlah HAD MAKSIMA BANTUAN yang telah ditetapkan.

5)  Pemohon TIDAK berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan TIDAK melalui MAIPk semasa menyambung pengajian ke luar negara.

6)  Pemohon mengambil kursus selain dari PENGAJIAN ISLAM.

7) Peruntukan yang disediakan sebanyak RM 8,000,000.00 khusus untuk menampung pelajar luar negara masih tidak mencukupi untuk menampung semua pemohonan, keutamaan diberikan kepada yang fakir dan miskin.

PENGENALAN

1) Permohonan 2018 dibuka bermula 16-JANUARI-2018 SEHINGGA 15-FEBRUARI 2018

2) Permohonan dibenarkan kepada pelajar yang PERNAH MENERIMA bantuan MAIPk.

3) Permohonan bagi KALI PERTAMA / TAHUN PERTAMA hendaklah dibuat terus melalui pejabat MAIPk atau langkah-langkah seperti dinyatakan di atas.

4) Permohonan hanya dibenarkan SEKALI sahaja bagi tahun yang sama.

5) Negara yang dibenarkan dalam permohonan ini ialah MESIR, JORDAN, MOROCCO, INDONESIA dan LAIN-LAIN NEGARA (Pelajar yang pernah menerima bantuan MAIPk).

5) Pelajar dalam Negara TIDAK dibenarkan untuk memohon menggunakan portal ini.

6) Pemohon yang mengikuti kursus PENGAJIAN ISLAM dan PERUBATAN sahaja DIBENARKAN memohon.

7) Sila baca syarat-syarat kelayakan seterusnya daftar untuk memohon bantuan dermasiswa jika anda telah layak memenuhi syarat-syarat tersebut.

KELAYAKAN UMUM

1) Beragama Islam

2) Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap

3) Menetap di Perak

Lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.

4) Institusi Pengajian Diiktiraf JPA

Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

5) Kursus Pengajian Diiktiraf JPA

Kursus pengajian yang di ambil mestilah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

6) Tiada Tajaan Dari Mana-Mana Pihak

Pemohon tidak mendapat tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi

7) Pengajian Sepenuh Masa Melebihi Setahun

Tempoh pengajian hendaklah tidak kurang daripada setahun serta dilaksanakan secara sepenuh masa.

8) Berdaftar Dengan KPTM

Semua permohonan ke luar negara hendaklah berdaftar dan mendapat tawaran belajar ke luar negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

9) Institusi Pengajian Diiktiraf JPA

Mendapat tawaran belajar dari Institusi Pengajian Tinggi luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

10) Kursus Pengajian Diiktiraf JPA

Kursus pengajian yang di ambil mestilah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

11) Keutamaan Asnaf Fakir Miskin

Keutamaan kepada ibubapa/penjaga pemohon yang tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak berkemampuan untuk membiayai kos pengajian